Wednesday, June 5, 2013

Recipe: Vege Cream Cheese Fettuccine

Assalamualaikum.

Uolls tau kan iolls nie memang korean lover kan. So memang pagi petang siang malam layan korea laa kan. Ada satu korean variety show nie called We Got Married. They will pair up the Korean celebrities and pretend macam dorang dah kahwin and macam mana dorang jalani hidup selepas kahwin. One of the pair is CNBLUE Yonghwa, my oppa, haha, and SNSD Seohyun. So dalam satu episode nie, Yonghwa bawak Seohyun pegi dorm dorang and meet with other CNBLUE members. So dorang masak sama sama and Seohyun ada masak Cream Cheese Spaghetti, but actually they use fettuccine.

Sumpah aku tengok dorang makan terliur kot. Dengan cheese yang melimpah ke ladang gandum, so dya nampak bertali tali macam pizza tue. Bukan basi tau! Haha. Dah lama tengok show tue and teringin tapi takda kesempatan nak buat. Lastly, semalam memang azam yang membakar dalam diri gagahkan pegi Mydin beli bahan bahan nak buat spaghetti or fettuccine tue. So tadi bertungkus lumus laa aku memasak benda alah tue. Here I share the recipe but this recipe exactly follow apa yang aku tengok Seohyun buat dalam show tue. Haha. Aku pun tatau betul ke tak, bantai saja.

Bahan-bahan
  • Fettuccine
  • Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, carrot, bawang besar holland, kucai, etc.)
  • 2 cawan susu (aku guna low fat. Nak guna full cream pun boleh kot. Lagi lemak berkrim. hehe)
  • Cheese (ikut suka nak banyak mana. haha)
  • 2 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Black pepper secukup rasa

Cara-cara

1. Mula mula rebus fettuccine tue. Sumpah lama gilaa nak rebus dya. Haha. Kalau sikit mungkin kejap kot. Jangan banyak. Recipe tue taklaa untuk banyak pun. Untuk makan sendiri sendiri jee. Tunggu sampai dah siap rebus baru start buat kuahnya.

2. Next, letak minyak dalam pan, lepas tue masukkan sayur sayuran. Kobis potong nipis nipis, kobis bunga macam nak buat soup, carrot aku potong bulat bulat then panjang panjang, bawang besar holland tue yang warna putih tue. Tak payah laa tempah flight pegi Holland pulak. Amik kunci drive pergilaa Mydin ke, Tesco ke, kedai runcit ke. Kuchai potong lebih kurang 1 inch.

3. Bila sayur sayuran dah kecut sikit, masukkan susu. Biar menggelegak sikit dan gaul gaul kan. Then masukkan fettuccine dan gaul lagi bagi sebati.

4. Lepas tue bolehlah masukkan garam, black pepper and apa apa perasa kau nak masuk bagi sedap. Haha. Then dah okay rasanya, masukkan cheese ikut suka hati banyak mana nak. Suka cheese letak banyak, tak suka letak sikit. Memang recipe aku nie recipe suka hati. Haha.

SIAP!


Some of the pictures:




Tadannnnnnnn! Hasilnya tak seindah yang disangka. Haha. Aku memang takda skill memasak. Haha. So memang untuk perut aku jee boleh. Masak untuk orang lain nak present present bagai, harem. Haha.




Seriously rasa dya cheesy gila plus ada susu kan. Sape yang memang anti susu or cheese memang tak digalakkan, eh bukan, tak payah gatai nak buat. Haha. Sebab korang memang takkan makan. Sesiapa yang hantu susu and hantu cheese boleh mencuba. Hehe. Aku sedang sedang. Tapi aku memang minum susu and makan cheese.

Tapi nasihat wa jangan buat banyak banyak. Benda macam nie akan cepat kenyang and rasa muak. Biasalah susu cheese bagai kan. Tapi kalau perut tengah kebulur, sesuai makan. Sebab bagi aku tak rasa pape laa time kebulur. Haha. Time dah kenyang sikit, aku pun muak jugak. Haha.

Okay bye!

P/s: Tak sedap jangan marah. Kan dah kata awai awai recipe nie recipe aku. Aku ikut suka hati aku jee. Hehe. Peace!

No comments:

Post a Comment