Monday, March 4, 2013

Apa Terjadi Pada Lahad Datu?

Assalamualaikum.

Lama tak jumpa. keke :p (pesyen gelak aku yang terbaru). Pejam celik pejam celik, dah hari ke empat bulan ketiga tahun 2013. Tak lama lagi aku akan mengangkat kaki meninggalkan bumi Merbok. Sebulan jee lagi. hee. Semoga tak dapat sini lagi sebab nak rasa bumi lain pulak. keke :p





Btw, sekarang berita sibuk menyiarkan tentang pencerobohan di Lahad Datu. Tau kan? Kalau tatau sila duduk depan TV sekarang tunggu berita. Sambung. Apa kisah disebalik pencerobohan ini? Cehhhh dah macam wartawan pulok. Konon nak amik Masscomm Journalism :p

Petang tadi aku ada kelas Insurance. Sir dok cerita punya cerita tentang insurance tetiba termasuk laa cerita pasai Lahad Datu nie. Sir tanya laa, "korang tau ke apa cerita sebenar tentang Lahad Datu tue? Ke korang tau Lahad Datu diserang penceroboh jee?" Kalau dah nama student, tapi mungkin tak semua laa, memang tengok gittew gittew jee berita nie. Termasuklah diriku yang serba kekurangan nie.

So sir pun ceritalah. Al - kisahnya, Lahad Datu and Semporna nie dulu di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu. Nie masa masa jaman jaman James Brooke ke apa ntah. Dari insurance masuk belajar sejarah. Sir memang suka terlajak jalan ponggg -.- Lepas tue, masa pembentukan Malaysia, dorang ada buat Rapat Umum untuk buat survey tanya samaada Sabah nie nak masuk Sulu or Malaysia. Sabah pilih nak masuk Malaysia. Kalau dah nama manusia, memang tak puas hati laa kan. So sekarang dorang nak tuntut balik Sabah jadi milik dorang. Dorang nie pulak memang terkenal dengan tentera air dorang. Ala ala Pirates of Carrabian gittew (pedulikan ejaan). Tue laa kisahnya. Aku pun baru tau tadi. HAHA (terok bebenor. thank you sir bagitau. keke :p)

So marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan Sabah dan kesejahteraan Malaysia. And Al-Fatihah buat pejuang pejuang kita yang telah terkorban. *Al-Fatihah* Amin amin ya rabbal al amin.

Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.


1 comment: