Saturday, January 5, 2013

Happy New Year.

Assalamualaikum.

Hari nie dah 5 January 2013. Maknanya dah lima hari kita masuk tahun baru. Happy New Year 2013 semua! ;D




Bila dah tahun baru semua orang laa nak update azam baru kan. Ada yang berazam tahun nie nak itu ini baru. Nak bangun pagi pagi taknak bangun lewat dah. Nak start jogging jaga kesihatan kuruihkan badan. Nak jadi rajin takmau malas malas dah. Semua macam azam aku jaa. HAHA

Dah mulakan untuk capai azam korang tue ke? Semoga korang dah mula and dapat istiqamah dalam usaha mencapai azam korang tue ek. Wa baru jee nak mula ada jee halangan. So taktau laa bila nak mulanya. Haha. Minggu depan kot. Pastu minggu depan lagi satu. Minggu depan lagi satu. Last last tahun depan belom tentu -.- Sabor jee laa.

Azam tahun nie nak capai azam tahun lepas yang tak tercapai tue. Haha. Tapi ada laa tambah tambah sikit. Sedikit azam tahun nie.....



Nak graduate diploma dengan jayanya macam nie! Nak lompat lompat baling topi. Haha.  Sekadar gambar hiasan ihsan Google.

Then macam biasalaa aku, nak kumpul duit banyak nak beli macam macam gadget. Yang penting aku nak ada satu gadget Apple tahun nie. Haha. Terpengaruh dengan Fatin Liyana ada Ipad. Tapi mana nak dapat duit tue aku taktau -.- Orang tue yelaa banyak duit T.T Business aku dok duduk dalam kepala hotak jee haa. Dapat tukar lappy pun jadilaa. Dah nazak dah lappy nie. Tapi masih mampu bertahan lagi laa. Sila bertahan sampai wa beli lappy baru okay.

Tapi takpelaa. Ada rezeki ada laa kan. Tahun baru mana tau rezeki melimpah ruah. Amin. Hehe. Semoga rezeki anda anda semua juga melimpah ke ladang gandum and have a blast 2013! ;D

Till then (: