Monday, March 25, 2013

Bulgogi Tak Jadi

Assalamualaikum.

Semalam kata nak bangun awal masak bulgogi kan? Dah tidoo pun pukul 4 harapan laa nak bangun awal. Haha. Bangun bangun tidoo, perap daging, mandi, baru masak. Rasa terseksa jugaklah masaknya. Haha. Tapi macam tak jadi jee. Haha. Tak macam bulgogi tapi macam daging bakar Malaysia. Haha. Nampaknya kena ke Korea jugak laa end of this year nak makan makanan Korea. End of this year? #eh

Kononnya kalau menjadi nak share recipe. Tapi dah tak jadi tak payah laa share. HAHAHAHA xD Aku memang tak pandai masak pun. Tangan nie takda skill memasak. Kalau nak masak masakan melayu kena belajar dengan mak dulu. Kalau nak masak masakan Korea kena belajar dengan mak mertua dulu. #eh




Nie gambar sebelum masak. Daging tue perap dengan bawang merah and bawang putih yang di'blend'. Lepas tue letak air gula merah, garam and lada hitam. Gambar tangan sebagai bukti ai yang masak. Sebab tue tak jadi -.- Mulus tak tangan ai? (nampak sangat jarang masak) HAHA

So jangan tiru aksi ini di rumah okay! Anda akan membazirkan duit mak bapak anda! Tapi tak laa membazir sangat pun. Boleh jee makan tapi tak berapa nak nikmat laa. HAHA. Dah laa takda side dish bertambah tambah tak nikmat. Haha. So sebagai penambah nikmat aku makan dengan kimchi ramen. Kimchi ramen jee laa yang nikmat pun. Sebab segera punya! HAHA




Tue bukan maggi kari okay! Tue laa kimchi ramen. Nyummehhh! :D Tengok daging aku hitam! HAHA. Tapi tak laa teruk pun rasanya. Omma kata sedap jee. Hehe. Makan ngan salad tue ada dua colors :D Kalau rasa teringin walaupun selepas melihat pengalaman ai nie, HAHA, boleh laa cari recipe dya. Ai salu tengok dekat maangchi.com Kat situ ada banyak Korean foods recipe package dengan video sekali! Best!

Okaylaa. Selamat mencuba kalau rasa nak cuba! HAHA. Tak jadi share laa ek. Kalau jadi tak payah! (jelly jelly). Adios!


Sunday, March 24, 2013

Random

Assalamualaikum.

Hari nie berjalan merata rata tempat. Start from kedai bunga, akak tak habis cari bunga lagi for her business. Then move to Tesco cari barang nak masak esok. Then next to Aeon Station 18 borong buku! Serious best! ^^ Habis dah voucher Pakcik Najib bagi :D Ku habiskan membeli novelssss dan comicsssss :)




Ia juga bahan bacaan bukan. Walaupun sekadar untuk hiburan. Pheww! :D


Selesai shopping buku, ke Kamdar pulak akak nak cari kain. Wahhh dah makin improve nampaknya skill memandu aku. Sudah bisa diajak kemana mana. Haha. Akak kata, "Abah mesty kata ke mana saja laa deme nie. Berjalan saja." Mak jawab, "Driver dah balik." HAHAHAHA sekarang aku dah ada title "driver" dalam family aku. Haha. Sekurang kurang boleh berdikari nak kemana mana sendiri. Tak perlu susahkan abah lagi :) (pantun tiga kerat).

Masa pergi Tesco sebelum tue konon nak beli sayur. Ternampak pulak salad kerinting kerinting warna hijau and purple ala ala Korea tue. Belilah teringin nak makan. Pastu tetiba teringat baik bakar daging, wrapped dengan salad tue. Bulgogi! Perghhh merecik recik air liur! (kriukkkkk....perut berbunyi -.-) Sumpah teringin nak makan macam tue. 


Nyummehhhhh! :D


Balik dari Kamdar singgah pasar malam nak beli daging. Teringin pulak nak makan Yong Taufu. First thing first, Wantan! Where? where? eodisoyo??!! Wantan dah habis T.T *cedih* Beli apa yang ada, balik! Balik rumah cari resipi Bulgogi tue. Tetiba terfikir takkan nak makan daging wrapped with lettuce semata. Side dish? Pancake! Cari yang macam Victoria masak untuk Nichkhun dalam We Got Married tue. Zuc..chi..ni.. pancake? Zucchini? What is it? :O Aku rasa macam penah tengok menatang nie. Tapi dimana ya? This! Zucchini.


Kenai dak? :O


Dah potong dalam dya lagu nie. Kalau tau whatsapp okay :D


Dah masak jadi macam nie! Tak ke nampak macam menyelerakan? Walaupun aku tak pernah makan lagi :P


Dengar kata Zucchini nie bagus sebab tak banyak kalori. Sesuai untuk orang yang sedang berdiet seperti tuan blog. HAHA. Sebab tue nak try tue. Kalau sedap boleh jadi makanan ruji. Tapi mana nak cari pun taktau. Ke aku sorang jee yang taktau orang lain dah lama tau? :O Aku kan selalu outdated sikit -.-" Adakah wa kena pergi ke Cameron Highland untuk mencari ini Zucchini? Pergi pun best jugak. Dah lama tak pergi. Nama jee duduk kat jalan nak pergi Cameron. hehe.

Akan kucari zucchini nie hingga ke lubang cacing. Okay laa. Menantukkkkk dah! Esok nak kena bangun awal masak Bulgogi. Jadi ke pun? HAHA. Nantikan! Akan datang menemui anda! Selamat malam! ♥


Monday, March 4, 2013

Apa Terjadi Pada Lahad Datu?

Assalamualaikum.

Lama tak jumpa. keke :p (pesyen gelak aku yang terbaru). Pejam celik pejam celik, dah hari ke empat bulan ketiga tahun 2013. Tak lama lagi aku akan mengangkat kaki meninggalkan bumi Merbok. Sebulan jee lagi. hee. Semoga tak dapat sini lagi sebab nak rasa bumi lain pulak. keke :p





Btw, sekarang berita sibuk menyiarkan tentang pencerobohan di Lahad Datu. Tau kan? Kalau tatau sila duduk depan TV sekarang tunggu berita. Sambung. Apa kisah disebalik pencerobohan ini? Cehhhh dah macam wartawan pulok. Konon nak amik Masscomm Journalism :p

Petang tadi aku ada kelas Insurance. Sir dok cerita punya cerita tentang insurance tetiba termasuk laa cerita pasai Lahad Datu nie. Sir tanya laa, "korang tau ke apa cerita sebenar tentang Lahad Datu tue? Ke korang tau Lahad Datu diserang penceroboh jee?" Kalau dah nama student, tapi mungkin tak semua laa, memang tengok gittew gittew jee berita nie. Termasuklah diriku yang serba kekurangan nie.

So sir pun ceritalah. Al - kisahnya, Lahad Datu and Semporna nie dulu di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu. Nie masa masa jaman jaman James Brooke ke apa ntah. Dari insurance masuk belajar sejarah. Sir memang suka terlajak jalan ponggg -.- Lepas tue, masa pembentukan Malaysia, dorang ada buat Rapat Umum untuk buat survey tanya samaada Sabah nie nak masuk Sulu or Malaysia. Sabah pilih nak masuk Malaysia. Kalau dah nama manusia, memang tak puas hati laa kan. So sekarang dorang nak tuntut balik Sabah jadi milik dorang. Dorang nie pulak memang terkenal dengan tentera air dorang. Ala ala Pirates of Carrabian gittew (pedulikan ejaan). Tue laa kisahnya. Aku pun baru tau tadi. HAHA (terok bebenor. thank you sir bagitau. keke :p)

So marilah kita sama sama mendoakan kesejahteraan Sabah dan kesejahteraan Malaysia. And Al-Fatihah buat pejuang pejuang kita yang telah terkorban. *Al-Fatihah* Amin amin ya rabbal al amin.

Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.