Wednesday, June 5, 2013

Recipe: Vege Cream Cheese Fettuccine

Assalamualaikum.

Uolls tau kan iolls nie memang korean lover kan. So memang pagi petang siang malam layan korea laa kan. Ada satu korean variety show nie called We Got Married. They will pair up the Korean celebrities and pretend macam dorang dah kahwin and macam mana dorang jalani hidup selepas kahwin. One of the pair is CNBLUE Yonghwa, my oppa, haha, and SNSD Seohyun. So dalam satu episode nie, Yonghwa bawak Seohyun pegi dorm dorang and meet with other CNBLUE members. So dorang masak sama sama and Seohyun ada masak Cream Cheese Spaghetti, but actually they use fettuccine.

Sumpah aku tengok dorang makan terliur kot. Dengan cheese yang melimpah ke ladang gandum, so dya nampak bertali tali macam pizza tue. Bukan basi tau! Haha. Dah lama tengok show tue and teringin tapi takda kesempatan nak buat. Lastly, semalam memang azam yang membakar dalam diri gagahkan pegi Mydin beli bahan bahan nak buat spaghetti or fettuccine tue. So tadi bertungkus lumus laa aku memasak benda alah tue. Here I share the recipe but this recipe exactly follow apa yang aku tengok Seohyun buat dalam show tue. Haha. Aku pun tatau betul ke tak, bantai saja.

Bahan-bahan
  • Fettuccine
  • Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, carrot, bawang besar holland, kucai, etc.)
  • 2 cawan susu (aku guna low fat. Nak guna full cream pun boleh kot. Lagi lemak berkrim. hehe)
  • Cheese (ikut suka nak banyak mana. haha)
  • 2 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Black pepper secukup rasa

Cara-cara

1. Mula mula rebus fettuccine tue. Sumpah lama gilaa nak rebus dya. Haha. Kalau sikit mungkin kejap kot. Jangan banyak. Recipe tue taklaa untuk banyak pun. Untuk makan sendiri sendiri jee. Tunggu sampai dah siap rebus baru start buat kuahnya.

2. Next, letak minyak dalam pan, lepas tue masukkan sayur sayuran. Kobis potong nipis nipis, kobis bunga macam nak buat soup, carrot aku potong bulat bulat then panjang panjang, bawang besar holland tue yang warna putih tue. Tak payah laa tempah flight pegi Holland pulak. Amik kunci drive pergilaa Mydin ke, Tesco ke, kedai runcit ke. Kuchai potong lebih kurang 1 inch.

3. Bila sayur sayuran dah kecut sikit, masukkan susu. Biar menggelegak sikit dan gaul gaul kan. Then masukkan fettuccine dan gaul lagi bagi sebati.

4. Lepas tue bolehlah masukkan garam, black pepper and apa apa perasa kau nak masuk bagi sedap. Haha. Then dah okay rasanya, masukkan cheese ikut suka hati banyak mana nak. Suka cheese letak banyak, tak suka letak sikit. Memang recipe aku nie recipe suka hati. Haha.

SIAP!


Some of the pictures:




Tadannnnnnnn! Hasilnya tak seindah yang disangka. Haha. Aku memang takda skill memasak. Haha. So memang untuk perut aku jee boleh. Masak untuk orang lain nak present present bagai, harem. Haha.




Seriously rasa dya cheesy gila plus ada susu kan. Sape yang memang anti susu or cheese memang tak digalakkan, eh bukan, tak payah gatai nak buat. Haha. Sebab korang memang takkan makan. Sesiapa yang hantu susu and hantu cheese boleh mencuba. Hehe. Aku sedang sedang. Tapi aku memang minum susu and makan cheese.

Tapi nasihat wa jangan buat banyak banyak. Benda macam nie akan cepat kenyang and rasa muak. Biasalah susu cheese bagai kan. Tapi kalau perut tengah kebulur, sesuai makan. Sebab bagi aku tak rasa pape laa time kebulur. Haha. Time dah kenyang sikit, aku pun muak jugak. Haha.

Okay bye!

P/s: Tak sedap jangan marah. Kan dah kata awai awai recipe nie recipe aku. Aku ikut suka hati aku jee. Hehe. Peace!

Monday, May 27, 2013

Takda Jodoh Dengan Taiping?

Assalamualaikum.

Semalam aku sekeluarga telah ke Taiping setelah sekian lama tak ke sana. Aku rasa macam aku last pegi masa kecik kecik pegi Zoo Taiping. Hehe. Disebabkan ada dua pupu aku kawen (abang opah punya cucu, so dua pupu lah kan?), so kitorang sekeluarga telah berkonvoi ke sana. Seawal 9 pagi, aku, omma and abah dah ada kat rumah opah. Orang lain semua tak datang lagi. Punyalah semangat. Omma lagi laa pukul 8 dah bangun, 8.30 dah siap. Padahal plan nak pegi pukul 10 -.-" Aku 8.30 baru nak terkedek kedek pegi mandi tue pun sebab omma suruh. Kalau tak nak pegi pukul 10, pukul 9 laa baru bangun. HAHA

Masa kat umah opah sementara tunggu yang lain sampai, aku dah kelaparan. Bukak sangai (tudung saji yee anak anak. perak pior biasalah. haha) opah, ada nasi minyak. Aku bantai melantak nasi minyak pepagi. Haha. Dah laa nak pegi makan nasi minyak, tapi awal awal dah makan nasi minyak kat rumah. Haha. Then bila semua dah berkumpul, kitorang pun gerak reramai.

Masuk jee highway, tetiba abah berhenti kat tepi. Dah kenapa? Dia kata temperature tinggi. Dia keluar check check, pangggg! tube air bocor. Aduyaiiii. Gimana mau ke Taipingnya? Omma dah mula lah takda mood.

"Tak payah laa pegi. Jom laa balik. (sambil membebel bebel ke abah. haha)"
"Sabarlaa ma. Bukan plan nak jadi macam nie. Semua nie Allah dah tentukan jadi macam nie."

Cewahhh pandai pulak aku berbicara. Kahkah xD Then dah kete memang tak boleh gerak, lastnya panggil orang tarik kete then pinjam kete acik ke Taiping. Perghhhh this is the first time in my life tengok kete sendiri kena tarik. Hahaha. Lawak pun ada, kesian pun ada kat kete aku tue. Tua dah dya. Kesian dya banyak dah berjasa. Dah laa panas terik kat tengah highway tue tunggu kete tarik tue sampai + tunggu kete acik sampai kutip kitorang kat tepi highway tue -.-"




Haa lebih kurang macam nie laa. Cuba bayang kancil purple kat situ. Haha. Tapi bukan sebab tak bayar okay. Dah settle lama dah pun. Hehe. Lepas kete dah kena tarik, kete acik dah sampai, kitorang pun gerak laa. Then masa dalam kete,

"Na, ce cuba call abah. Takda pulak handphone abah nie. Mana letak ntah."

Parahhhhh! Lagi satu masalah datang. Handphone abah pulak tercicir sebab call dapat tapi takda bunyi. Tapi mana boleh nak patah balik. Teruskan jee laa perjalanan ke Taiping. Dalam perjalanan, kitorang kononnya ikut belakang kereta paksu. Then tetiba paksu bagi signal masuk R&R. Ingatkan nak isi minyak ke apa tapi pelik jugaklah. Tapi still follow belakang. Tengok tengok tak masuk pun station minyak tue. Aik? Ikut ikut kereta tue keluar balik. Aik dah kenapa? Betul ke kete paksu? Dah laa tak ingat no plat paksu. Haha. Plat orang depan J. Paksu plat Johor ke? Haha. Then abah potong rupa rupanya bukan paksu! Hahahahaha. Dah kenapa ngan we olls hari niiiiiiiiiiiiii! Aduhaiii macam macam.

Then teruskan perjalanan, alhamdulillah sampai ke kenduri dengan selamat. Salam salam, soreh soreh, makan makan, lepak lepak, balik! Plannya konon nak pegi makan Mee Udang Banjir kat Kuala Sepetang. Alang alang dah sampai sana. Pegi pegi, bagi aku laa, indah bayangan dari rupa. Kahkah xD Aku bayangkan kedai makan yang cantik laa jugak. Haha. Tapi actually biasa biasa jee. But aku tak kisah pun kedai macam mana. Bukan aku tak makan kat kedai makan biasa. Memang tue tempat makan selalu.

Tapi yang indah bayangan dari rupanya, kedai dya tak bersih. Haha. Kulit udang penuh bersepah atas meja, pinggan mangkuk tak kutip, lalat penuh (but biasalah kawasan nelayan macam tue) and persekitaran seperti udara yang tidak menyenangkan. Bagi aku laa. But kedai yang aku pegi tue laa. Kedai lain tatau laa. Tapi seriously ramai orang and depend on kulit udang yang bersepah tue aku nampak udang dya mmg banjir, besar and segar laa. Sedap laa kot.

Tapi sebab ramai orang and lambat kitorang tak makan pun. Cancel and balik. Tapi aku memang tak plan nak makan pun. Satu, aku tak makan mee. Dua, aku dah kenyang makan nasi minyak dari pagi sampai ke tengahari. Haha. Tiga, aku tak boleh makan dalam keadaan seperti itu. Haha. Aku tak kisah gerai biasa as long as bersih. Hmm

Then kitorang gerak balik. Tetiba anyah call kata nak singgah Taman Tasik dekat Zoo Taiping tue. Kitorang terus laa menghala ke sana. Nak masuk zoo mahal so just lepak lepak bersama family sambil ambil angin kat situ.




Seronok Adam berlari ke sana ke mari. Habis satu padang tue dya tawaf. Haha



Omma and abah. Dating ek? (aku tatau abah tidoo or pandang omma. Haha)



Paksu and fahmi kecik :p (Sebab abang ipar aku fahmi besar. Haha)



Peace yawww! Kurus tak? Kahkah xD Fahmi kecik sibok nak tunjuk gambar yang dya amik.



My family yawww! :D *okay nampak bambam and rendah. Tak pakai heels*



My big family. Love them :)


Lepas selesai lepak lepak amik angin tangkap gambar, kitorang pegi melantak lagi. Haha. Some makan, tapi ai tak. Kenyang nasi minyak lagi kottt. Haha. So ai makan ais kacang jee. Habis diet aku. Haha -.-"




Tadaaaa! Bolehlaa tapi sirap and susu tak berapa nak ada. So kureng uhmmm! Haha. Kacang pun ada 3 ketui jee. Lari mana ntah kacang. Jadi pelakon cite kacang ~ kacang ~ kacang ~ tue kot. Haha. Ada lagi ke cite tue? :p

Lepas makan gerak balik Ipoh. And macam biasa highway jammed! Ahmagad! Pukul berapa pulak nak sampai. Changkat Jering - Ipoh 2 jam -.-" 8 lebih dekat pukul 9 baru sampai rumah. Seharian berjalan lah citenya. Penat penat.




This is the proof. Berderet lagi kete kat depan. Aku? Tidooooo laa jawabnya. Haha. Tempat kedua yang aku selalu tidoo selain rumah or spesifiknya bilik, adalah dalam kereta. Kalau aku tak drive aku mesty akan tidoo. Haha.

Haihh. Macam macam dugaan tempuh hari tue buat aku terfikir, kami takda jodoh ngan Taiping ke? Haha. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Yelahhh hidup mesty laa ada dugaan kan. Kalau takda dugaan hidup kita nie plain jee laa. Takda warna warni. Takda pasang surut. Takda pengalaman. So nie pengalaman baru bagi aku dan juga pengajaran. Sebelum berjalan check apa yang perlu and make sure jangan careless. Haha.

Okay that all for now. Bye bye :)


P/s: Post kali nie panjang berjela :p